Sunday, February 24, 2019

KELEBIHAN KONTENA SEBAGAI RUMAH !

Kontena lebih dikenali sebagai bekas perkapalan untuk penghantaran barang. Kini, kontena juga turut dikenali untuk dijadikan sebagai rumah, restoran, pejabat dan sebagainya. Perubahan kepada penggunaan kontena ini adalah disebabkan pengguna yang inginkan kelainan dari segi bahan, rekabentuk serta mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
Kontena mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu dari segi ketahanan dan kekuatan. Ketahanan kontena mampu untuk menampung sehingga enam unit yang dimuatkan dengan 24 tan kontena yang disusun. Ini adalah kerana kontena diperbuat daripada besi, aluminium, dan FRP gentian kaca bertetulang plastik atau kekuatan kayu. Selain itu, kontena adalah berkonsepkan modular dimana ianya mudah disusun dan mudah untuk dialih dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan lori treler, kapal ataupun keretapi.
Penjimatan kos juga dilihat merupakan salah satu kelebihan menggunakan kontena apabila kos dapat dikurangkan dengan membeli kontena yang telah digunapakai berbanding membuat kontena yang baru. Malah, ketersediaan kontena secara lambakan memberi ruang kepada orang awam untuk mengaplikasikan kontena sebagai penempatan, perniagaan, stor dan sebagainya. Penggunaan kontena adalah tidak terhad kepada 1 kontena sahaja, ianya boleh diperkembangkan dengan cara menambah bilangan kontena mengikut keperluan pengguna.

Selain kelebihannya yang mudah alih dan sebagainya, ianya juga tahan lasak jika berlaku bencana alam seperti tiupan angin yang kuat, gempa bumi dan juga banjir. Ini adalah kerana struktur kontena adalah kuat dan 100 kali lebih selamat dan lebih tahan berbanding struktur rumah konvensional yang sediaada. Manakala dengan struktur kontena yang teguh dan berat, ianya mampu menahan arus kuat banjir.

Perbezaan Antara Kontena Dan Cabin 



Kontena
Cabin
Jenis
  • Kontena High Cube (HC) dengan ketinggian 9'6"
  • Kontena General Purpose (GP) dengan ketinggian 8'6"

  • Cabin light duty (LD)
  • Cabin heavy duty (HD)

Saiz
  • 20' x 8' x 8'6"
  • 20' x 8' x 9'6"
  • 40' x 8' x 8'6"
  • 40' x 8' x 9'6"

  • 10' x 10' x 8'6"
  • 20' x 10' x 8'6"
  • 30' x 10' x 8'6"
  • 40' x 10' x 8'6"

Bahan
Besi, Aluminium, dan FRP gentian kaca bertetulang plastik atau kekuatan kayu
  • Light Duty (LD)- Dibuat dari Zink (Econdex cabin)
  • Heavy Duty (HD)-Dibuat dari mild steel

Jangka Hayat
100-150 tahun
3-10 tahun

6 comments:

  1. Sangat menarik pemilihan kontena sebagai rumah. Moga pada masa depan bentuk rumah kontena dapat dipelbagaikan supaya lebih menarik daripada luaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! Kami dari Green Cabin Building Sdn. Bhd. Terima kasih di atas komen encik. Jika encik berminat, sila hubungi kami di talian 04-4403639. TQ

      Delete
  2. Info yang sangat menarik. Dan dapat di realisasikan pada masa akan datang. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! Kami dari Green Cabin Building Sdn. Bhd. Terima kasih di atas komen Cik Azwa. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 04-4403639. TQ

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pohon hubungi saya 017-2515923 khairul

    ReplyDelete

RUMAH IBS MURAH DAN BERKUALITI

IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal samada di kilang...