Sunday, February 24, 2019

Cellulose Insulation Sebagai Bahan Penebat Haba

Kontena sering dikaitkan dengan masalah dari segi perubahan suhu. Ini adalah kerana kontena mempunyai penebat haba yang rendah dan mudah terdedah dengan proses pengewapan. Malahan, kontena boleh menjadi sejuk dan terlalu panas kerana kesukaran dalam mengawal suhu. Oleh itu, Syarikat Green Cabin telah mengenalpasti jalan penyelesainnya bagi memastikan suhu kontena terkawal iaitu dengan menggunakan bahan penebat haba yang dikenali sebagai Cellulose Insulation.
            Cellulose Insulation adalah bahan yang menggunakan Cellulose Fibre sebagai bahan penebat haba. Ianya adalah campuran daripada kertas terpakai sebanyak 75% dan boric acid. Cellulose Fiber merupakan bahan yang dikitar semula, dan disebabkan itu ianya menjadi salah satu bahan mesra alam. Terdapat 3 kaedah dalam pemasangan Cellulose Insulation iaitu:

i. Dry Fill
Dry fill merupakan kaedah pemasangan kering yang sering digunakan di bahagian atas siling serta dinding yang mempunyai ruangan kosong di dalam. Kaedah ini hanya menggunakan Cellulose Fiber tanpa apa-apa campuran.

ii. Wet Spray
Wet spray pula merupakan kaedah semburan basah yang digunakan untuk pemasangan pada dinding rumah atau kontena. Cellulose Fiber ini akan disembur bersama dengan air. Antara sebab semburan bersama air adalah untuk memastikan Cellulose Fiber yang dipasang melekat di permukaan dinding yang ingin dipasang.

iii. Wet Spray (with adhesive)
Wet spray (with adhesive) ini merupakan kaedah yang terakhir dalam pemasangan Cellulose Fiber. Ianya sering digunakan untuk pemasangan Cellulose Fiber secara terus ke bumbung rumah ataupun siling kontena.

Selain itu, Cellulose Insulation turut mempunyai beberapa kelebihan kepada pengguna. Antaranya ialah:

i. Sistem Kalis Bunyi Tersembunyi
Dengan pemasangan Cellulose Insulation, anda tidak akan terganggu dengan penebat ini langsung kerana ianya tersembunyi. Berbeza dengan kaedah kalis bunyi yang menggunakan panel di mana kita mampu melihat bahan tersebut melekat di dinding rumah kita. Walaupun pada masa sekarang, panel kalis bunyi mempunyai pelbagai rekabentuk namun sekali pandang kita tahu bahawa terdapat panel tersebut.

ii. Menjimatkan Kos
Ini berlaku kerana, dengan pemasangan penebat untuk rumah, anda mendapat bahan kalis bunyi secara tidak langsung. Setiap rumah dan bangunan memerlukan penebat bagi menghalang haba daripada menembusi masuk ke dalam rumah atau bangunan. Jika anda tidak memasang Cellulose Insulation, anda perlu memasang penebat rumah dan bahan kalis bunyi secara berasingan. Tetapi, jika anda memasang Cellulose Insulation, dengan satu bahan sahaja, ianya mampu menahan haba, mempunyai rintangan api serta yang paling penting adalah mengurangkan bunyi bising. Dengan pemasangan Cellulose Insulation ini, ianya mampu mengurangkan bunyi sebanyak 17 decibels dengan hanya setebal 25mm sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web kami iaitu www.greencabin.com.my  atau hubungi di talian 04-4403639 

2 comments:

  1. Satu informasi yg baik dan berguna👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! Kami dari Green Cabin Building Sdn. Bhd. Terima kasih di atas komen. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 04-4403639. TQ

      Delete

RUMAH IBS MURAH DAN BERKUALITI

IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal samada di kilang...