Sunday, March 3, 2019

RUMAH IBS MURAH DAN BERKUALITI

IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal samada di kilang atau di tapak bina dan dipasang menjadi struktur bangunan (CIDB). Definisi yang lebih mendalam mengenai IBS telah diterangkan oleh Mohamad et al. (2016), di mana IBS di dalam industri pembinaan termasuk proses pengilangan yang mana komponen-komponen bangunan dirancang, direkabentuk, diangkut dan di pasang di tapak. Sistem-sistem ini termasuk pergabungan yang seimbang di antara komponen perisian dan perkakasan. Dari definisi di atas dapat disimpulkan bahawa IBS merupakan sistem yang memerlukan penelitian yang mendalam terhadap mereka bentuk komponen sebelum di bawa ke tapak bina. Selain itu, sistem ini juga memerlukan perancangan yang baik dari segi penghantaran dan juga kenderaan yang akan digunakan untuk membawa komponen tersebut selamat ke tapak pembinaan.

Klasifikasi IBS
(i)         Kerangka Konkrit Pasang Siap, Panel dan Sistem Kekotak
Elemen IBS Konkrit Pasang Siap yang biasa digunakan ialah tiang konkrit pasang siap, rasuk, lantai, dinding, komponen “3D” (balkoni, tangga, tandas, lohong pembuangan sampah), konkrit ringan pasang siap dan kekotak konkrit.

(ii)        Sistem Acuan
Acuan bagi komponen konkrit tuang in-situ seperti acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini biasanya diperbuat dari plastik, fiberglass, keluli, aluminium dan bahan logam lain (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008).

(iii)       Sistem Kerangka Keluli
Menurut Hashim & Mohamad Kamar (2015) Sistem Kerangka Keluli selalu digunakan bersama dengan lantai konkrit pasang siap, tiang dan rasuk keluli dan bagi pembinaan fast-track bangunan tinggi. Kini ia banyak digunakan untuk pembinaan kerangka ringan bagi bumbung kerana ia lebih ekonomi dan sesuai digunakan sebagai sistem bumbung bangunan jenis portal frame.

(iv)       Sistem Kerangka Kayu
Komponen sistem ini terdiri daripada kerangka kayu bangunan dan kerangka kayu bumbung. Sistem ini sangat popular digunakan di kalangan jurubina di dalam pembinaan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008). Terdapat dua jenis iaitu prefabrication timber yang siap dipotong dan shop fabrication of joints (tiang dan rasuk) dan struktur panel di mana hanya ada dinding dan lantai tanpa tiang dan rasuk (Hashim & Mohamad Kamar, 2015).

(v)        Sistem Blok
Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (prescision blockworks) termasuk blok konkrit ringan, blok terkunci (interlocking block) dan seumpamanya. Sistem blok adalah salah satu sistem paling mudah, fleksibel dan paling serba boleh yang digunakan oleh banyak orang dalam industri. 

Oleh yang demikian, syarikat GREEN CABIN turut menawarkan rumah IBS yang menggunakan wall panel bagi menjimatkan masa pembinaan rumah anda!

 Pemasangan wall panel

Berikut merupakan kelebihan menggunakan kaedah pembinaan IBS:

(i)         Keselamatan
Lebih baik daripada kaedah konvensional melalui pengurangan kerja-kerja sementara (temporary works) dengan menggunakan struktur prasiap yang lebih mudah dipasang.

(ii)        Kualiti
Menghasilkan kualiti kerja yang lebih tinggi dan kemasan yang lebih baik disebabkan pengeluaran komponen IBS dijalankan di bawah persekitaran yang terkawal di kilang atau di tapak pengeluaran (casting yard).

(iii)       Penjimatan Kos melalui pengurangan pekerja di tapak
Dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan pengurangan pekerja di tapak bina di antara 40%-50% berbanding konvensional. Jangkamasa pembinaan juga dapat dikurangkan melalui pemindahan aktiviti kerja dari tapak ke kilang.

(iv)       Penjimatan Kos melalui penyaipan segara
IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan yang digunapakai melalui kaedah pembuatan komponen IBS secara lebih terkawal di kilang.

IBS menawarkan hasil kerja yang berkualiti tinggi dan mengurangkan tempoh pembinaan. Oleh itu ianya dapat mengurangkan kos untuk kerja-kerja baikpulih (remedial works), kos pengurusan projek dan kos keseluruhan pembinaan.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web kami www.greencabin.com.my atau boleh hubungi kami di talian 04-4403639

6 comments:

  1. Replies
    1. hi! Kami dari Green Cabin Building Sdn. Bhd. Encik boleh tinggalkan no tel, email dan lokasi encik. Pihak Hq akan hubungi encik . TQ

      Delete
  2. Replies
    1. hi! Kami dari Green Cabin Building Sdn. Bhd. Encik boleh tinggalkan no tel, email dan lokasi encik. Pihak Hq akan hubungi encik . TQ

      Delete
  3. Maklumat yang menarik. Selain rumah kontena, adakah anda juga menghasilkan rumah diperbuat dari komponen IBS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! Kami dari Green Cabin Building Sdn. Bhd. Ya, syarikat kami juga boleh menghasilkan rumah IBS.Encik boleh tinggalkan no tel, email dan lokasi encik. Pihak Hq akan hubungi encik . TQ

      Delete

RUMAH IBS MURAH DAN BERKUALITI

IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal samada di kilang...