Sunday, March 3, 2019

RUMAH IBS MURAH DAN BERKUALITI

IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal samada di kilang atau di tapak bina dan dipasang menjadi struktur bangunan (CIDB). Definisi yang lebih mendalam mengenai IBS telah diterangkan oleh Mohamad et al. (2016), di mana IBS di dalam industri pembinaan termasuk proses pengilangan yang mana komponen-komponen bangunan dirancang, direkabentuk, diangkut dan di pasang di tapak. Sistem-sistem ini termasuk pergabungan yang seimbang di antara komponen perisian dan perkakasan. Dari definisi di atas dapat disimpulkan bahawa IBS merupakan sistem yang memerlukan penelitian yang mendalam terhadap mereka bentuk komponen sebelum di bawa ke tapak bina. Selain itu, sistem ini juga memerlukan perancangan yang baik dari segi penghantaran dan juga kenderaan yang akan digunakan untuk membawa komponen tersebut selamat ke tapak pembinaan.

Klasifikasi IBS
(i)         Kerangka Konkrit Pasang Siap, Panel dan Sistem Kekotak
Elemen IBS Konkrit Pasang Siap yang biasa digunakan ialah tiang konkrit pasang siap, rasuk, lantai, dinding, komponen “3D” (balkoni, tangga, tandas, lohong pembuangan sampah), konkrit ringan pasang siap dan kekotak konkrit.

(ii)        Sistem Acuan
Acuan bagi komponen konkrit tuang in-situ seperti acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini biasanya diperbuat dari plastik, fiberglass, keluli, aluminium dan bahan logam lain (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008).

(iii)       Sistem Kerangka Keluli
Menurut Hashim & Mohamad Kamar (2015) Sistem Kerangka Keluli selalu digunakan bersama dengan lantai konkrit pasang siap, tiang dan rasuk keluli dan bagi pembinaan fast-track bangunan tinggi. Kini ia banyak digunakan untuk pembinaan kerangka ringan bagi bumbung kerana ia lebih ekonomi dan sesuai digunakan sebagai sistem bumbung bangunan jenis portal frame.

(iv)       Sistem Kerangka Kayu
Komponen sistem ini terdiri daripada kerangka kayu bangunan dan kerangka kayu bumbung. Sistem ini sangat popular digunakan di kalangan jurubina di dalam pembinaan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008). Terdapat dua jenis iaitu prefabrication timber yang siap dipotong dan shop fabrication of joints (tiang dan rasuk) dan struktur panel di mana hanya ada dinding dan lantai tanpa tiang dan rasuk (Hashim & Mohamad Kamar, 2015).

(v)        Sistem Blok
Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (prescision blockworks) termasuk blok konkrit ringan, blok terkunci (interlocking block) dan seumpamanya. Sistem blok adalah salah satu sistem paling mudah, fleksibel dan paling serba boleh yang digunakan oleh banyak orang dalam industri. 

Oleh yang demikian, syarikat GREEN CABIN turut menawarkan rumah IBS yang menggunakan wall panel bagi menjimatkan masa pembinaan rumah anda!

 Pemasangan wall panel

Berikut merupakan kelebihan menggunakan kaedah pembinaan IBS:

(i)         Keselamatan
Lebih baik daripada kaedah konvensional melalui pengurangan kerja-kerja sementara (temporary works) dengan menggunakan struktur prasiap yang lebih mudah dipasang.

(ii)        Kualiti
Menghasilkan kualiti kerja yang lebih tinggi dan kemasan yang lebih baik disebabkan pengeluaran komponen IBS dijalankan di bawah persekitaran yang terkawal di kilang atau di tapak pengeluaran (casting yard).

(iii)       Penjimatan Kos melalui pengurangan pekerja di tapak
Dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan pengurangan pekerja di tapak bina di antara 40%-50% berbanding konvensional. Jangkamasa pembinaan juga dapat dikurangkan melalui pemindahan aktiviti kerja dari tapak ke kilang.

(iv)       Penjimatan Kos melalui penyaipan segara
IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan yang digunapakai melalui kaedah pembuatan komponen IBS secara lebih terkawal di kilang.

IBS menawarkan hasil kerja yang berkualiti tinggi dan mengurangkan tempoh pembinaan. Oleh itu ianya dapat mengurangkan kos untuk kerja-kerja baikpulih (remedial works), kos pengurusan projek dan kos keseluruhan pembinaan.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web kami www.greencabin.com.my atau boleh hubungi kami di talian 04-4403639

Wednesday, February 27, 2019

RUMAH KONTENA MUDAH LARAS @ EXPANDABLE CONTAINER HOUSE

Assalammualaikum dan selamat sejahtera!

Hari ini kami akan share kepada semua produk terbaru kami iaitu Rumah Kontena Mudah Laras ataupun disebut sebagai Expandable Container House. 

Syarikat kami sememangnya ingin membantu menyelesaikan masalah penduduk di Malaysia yang sekarang ini mengalami masalah dari segi kos untuk membina sebuah rumah. Dengan adanya Rumah Kontena Mudah laras ini, ianya bukan sahaja menjimatkan kos, malah ianya juga menjimatkan masa pembinaan. Oleh itu, jika ada yang berminat atau ingin maklumat lanjut, boleh ke laman web syarikat kami iaitu www.greencabin.com.my 



Karakter Produk:
  1. Struktur keluli yang stabil dan selamat untuk digunakan.
  2. Mudah untuk dipasang dan dibuka dalam masa 10 minit !
  3. Susun atur dalaman dan kemudahan boleh disesuaikan jika ia tersedia.
  4. Semua struktur keluli ringan mempunyai rawatan penyemburan antisepsis.
  5. Rumah kontena yang mesra alam & menjimatkan kos & masa pembinaan. 
Maklumat Produk: 


No.
Description
Specification
Dimension
1.
Size
5800mm (L) x 6300mm (W) x 2560mm (H)
Specification
1.
Frame Structure
2.0mm – 4.0mm Cold Formed profile steel/ Square tube
2.
Decoration
Primer Coat: epoxy zinc-rich primer two layers
Finishing Coat: alkyd honed painting white color/ polishing, Derusting
3.
Roof
2mm Bending steel plate
4.
Ceiling
50mm color steel sandwich panel (or carved metal insulation board)
5.
Wall
50mm color steel sandwich panel
6.
Flooring
15mm CCA CCA fiber cement board + 2mm PVC floor
7.
Door
50mm Metal composite door (glass wool/ Phenolic Foam Board)
8.
Window
PVC glass sliding window (4mm thickness glass)
Technical Parameter
1.
Anti- seismic
Grade 8
2.
Wind Resistance
100km/h
3.
Floor live load
2KN/m2
4.
Roof live load
0.5KN/m2
5.
Life span
More than 15 years


Hanya memerlukan 5 langkah untuk menyiapkan pemasangan Rumah Kontena Mudah Laras 




Rumah Kontena Mudah Laras boleh juga digunakan sebagai : 

Contact Us
Tel No: 04-4403639

Sunday, February 24, 2019

Keputusan menggunakan Cellulose Insulation

Berikut merupakan perbezaan suhu bagi sebelum dan selepas menggunakan Cellulose Fibre. Data ini di ambil setelah menggunakan Cellulose Fibre di salah seorang customer yang terlibat. 


Rajah di atas menunjukkan perbezaan suhu menggunakan Cellulose Fibre (Dry blow) selepas 3 jam. Bacaan suhu sebelum menggunakan Cellulose Fibre adalah 35C manakala selepas menggunakan Cellulose Fibre di atas permukaan siling mencatatkan 30C. keadaan ini adalah kerana haba dari bahagian atas tidak dapat diserap masuk ke dalam rumah maka keadaan suhu di rumah dapat di kawal. 



Rajah di atas menunjukkan perbezaan suhu menggunakan Cellulose Fibre (Adhesive Spray) selepas 3 jam. Sebelum menggunakan Cellulose Insulation, bacaan suhu mencatatkan 61C. keadaan ini menunjukkan suhu di permukaan zink adalah sangat tinggi. Namun, setelah menggunakan Cellulose Insulation, bacaan menunjukkan pengurangan sehingga 30C.

Kesimpulannya, dengan adanya Cellulose Insulation ini, ianya dapat menyelesaikan masalah kebanyakan orang di Malaysia yang sememangya mengetahui suhu di sini yang agak tinggi dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web kami iaitu www.greencabin.com.my 

Cellulose Insulation Sebagai Bahan Penebat Haba

Kontena sering dikaitkan dengan masalah dari segi perubahan suhu. Ini adalah kerana kontena mempunyai penebat haba yang rendah dan mudah terdedah dengan proses pengewapan. Malahan, kontena boleh menjadi sejuk dan terlalu panas kerana kesukaran dalam mengawal suhu. Oleh itu, Syarikat Green Cabin telah mengenalpasti jalan penyelesainnya bagi memastikan suhu kontena terkawal iaitu dengan menggunakan bahan penebat haba yang dikenali sebagai Cellulose Insulation.
            Cellulose Insulation adalah bahan yang menggunakan Cellulose Fibre sebagai bahan penebat haba. Ianya adalah campuran daripada kertas terpakai sebanyak 75% dan boric acid. Cellulose Fiber merupakan bahan yang dikitar semula, dan disebabkan itu ianya menjadi salah satu bahan mesra alam. Terdapat 3 kaedah dalam pemasangan Cellulose Insulation iaitu:

i. Dry Fill
Dry fill merupakan kaedah pemasangan kering yang sering digunakan di bahagian atas siling serta dinding yang mempunyai ruangan kosong di dalam. Kaedah ini hanya menggunakan Cellulose Fiber tanpa apa-apa campuran.

ii. Wet Spray
Wet spray pula merupakan kaedah semburan basah yang digunakan untuk pemasangan pada dinding rumah atau kontena. Cellulose Fiber ini akan disembur bersama dengan air. Antara sebab semburan bersama air adalah untuk memastikan Cellulose Fiber yang dipasang melekat di permukaan dinding yang ingin dipasang.

iii. Wet Spray (with adhesive)
Wet spray (with adhesive) ini merupakan kaedah yang terakhir dalam pemasangan Cellulose Fiber. Ianya sering digunakan untuk pemasangan Cellulose Fiber secara terus ke bumbung rumah ataupun siling kontena.

Selain itu, Cellulose Insulation turut mempunyai beberapa kelebihan kepada pengguna. Antaranya ialah:

i. Sistem Kalis Bunyi Tersembunyi
Dengan pemasangan Cellulose Insulation, anda tidak akan terganggu dengan penebat ini langsung kerana ianya tersembunyi. Berbeza dengan kaedah kalis bunyi yang menggunakan panel di mana kita mampu melihat bahan tersebut melekat di dinding rumah kita. Walaupun pada masa sekarang, panel kalis bunyi mempunyai pelbagai rekabentuk namun sekali pandang kita tahu bahawa terdapat panel tersebut.

ii. Menjimatkan Kos
Ini berlaku kerana, dengan pemasangan penebat untuk rumah, anda mendapat bahan kalis bunyi secara tidak langsung. Setiap rumah dan bangunan memerlukan penebat bagi menghalang haba daripada menembusi masuk ke dalam rumah atau bangunan. Jika anda tidak memasang Cellulose Insulation, anda perlu memasang penebat rumah dan bahan kalis bunyi secara berasingan. Tetapi, jika anda memasang Cellulose Insulation, dengan satu bahan sahaja, ianya mampu menahan haba, mempunyai rintangan api serta yang paling penting adalah mengurangkan bunyi bising. Dengan pemasangan Cellulose Insulation ini, ianya mampu mengurangkan bunyi sebanyak 17 decibels dengan hanya setebal 25mm sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web kami iaitu www.greencabin.com.my  atau hubungi di talian 04-4403639 

KELEBIHAN KONTENA SEBAGAI RUMAH !

Kontena lebih dikenali sebagai bekas perkapalan untuk penghantaran barang. Kini, kontena juga turut dikenali untuk dijadikan sebagai rumah, restoran, pejabat dan sebagainya. Perubahan kepada penggunaan kontena ini adalah disebabkan pengguna yang inginkan kelainan dari segi bahan, rekabentuk serta mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
Kontena mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu dari segi ketahanan dan kekuatan. Ketahanan kontena mampu untuk menampung sehingga enam unit yang dimuatkan dengan 24 tan kontena yang disusun. Ini adalah kerana kontena diperbuat daripada besi, aluminium, dan FRP gentian kaca bertetulang plastik atau kekuatan kayu. Selain itu, kontena adalah berkonsepkan modular dimana ianya mudah disusun dan mudah untuk dialih dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan lori treler, kapal ataupun keretapi.
Penjimatan kos juga dilihat merupakan salah satu kelebihan menggunakan kontena apabila kos dapat dikurangkan dengan membeli kontena yang telah digunapakai berbanding membuat kontena yang baru. Malah, ketersediaan kontena secara lambakan memberi ruang kepada orang awam untuk mengaplikasikan kontena sebagai penempatan, perniagaan, stor dan sebagainya. Penggunaan kontena adalah tidak terhad kepada 1 kontena sahaja, ianya boleh diperkembangkan dengan cara menambah bilangan kontena mengikut keperluan pengguna.

Selain kelebihannya yang mudah alih dan sebagainya, ianya juga tahan lasak jika berlaku bencana alam seperti tiupan angin yang kuat, gempa bumi dan juga banjir. Ini adalah kerana struktur kontena adalah kuat dan 100 kali lebih selamat dan lebih tahan berbanding struktur rumah konvensional yang sediaada. Manakala dengan struktur kontena yang teguh dan berat, ianya mampu menahan arus kuat banjir.

Perbezaan Antara Kontena Dan Cabin 



Kontena
Cabin
Jenis
  • Kontena High Cube (HC) dengan ketinggian 9'6"
  • Kontena General Purpose (GP) dengan ketinggian 8'6"

  • Cabin light duty (LD)
  • Cabin heavy duty (HD)

Saiz
  • 20' x 8' x 8'6"
  • 20' x 8' x 9'6"
  • 40' x 8' x 8'6"
  • 40' x 8' x 9'6"

  • 10' x 10' x 8'6"
  • 20' x 10' x 8'6"
  • 30' x 10' x 8'6"
  • 40' x 10' x 8'6"

Bahan
Besi, Aluminium, dan FRP gentian kaca bertetulang plastik atau kekuatan kayu
  • Light Duty (LD)- Dibuat dari Zink (Econdex cabin)
  • Heavy Duty (HD)-Dibuat dari mild steel

Jangka Hayat
100-150 tahun
3-10 tahun

Tuesday, January 8, 2019

"APA BEZANYA CABIN DAN KONTENA? BUKAN SAMA KE ?"


TAKMAU KONTENA LAH NAK CABIN!!!
CUBA HAMPA BACA DULU PERBEZAAN RUMAH KONTENA DAN RUMAH CABIN ๐Ÿ˜Ž DAN PASAIPA KAMI SYORKAN KONTENA UNTUK BUAT RUMAH ๐Ÿ˜
PERBEZAAN CABIN DAN KONTENA.. Yang anda perlu tahu.. ๐Ÿ˜Š

CABIN dan KONTENA tidak sama.. ๐Ÿ˜Š

√ CABIN adalah binaan menggunakan Mild Steel Hollow frame, dan menggunakan dinding daripada metal sheet ๐Ÿ˜Š Jangka hayat cabin adalah di antara 3 hingga 7 tahun mengikut spesifikasi dan penjagaan
√ KONTENA adalah diperbuat daripada campuran alloy keluli tahan lasak yg dikenali sebagai corten steel..๐Ÿ˜Š Kontena boleh bertahan sehingga 150 tahun.
CABIN mempunyai 2 jenis :
√ Cabin light duty (LD)
√ Cabin heavy duty (HD)
Saiz cabin :
~ 10' x 10' x 8'5"
~ 20' x 10' x 8'5"
~ 30' x 10' x 8'5"
~ 40' x 10' x 8'5"
~ sebarang saiz yang di kehendaki
Manakala KONTENA mempunyai 2 jenis :
√ Kontena High Cube atau HC ( ketinggian 9'6")
√ Kontena General Purpose atau GP (ketinggian 8'6")
Saiz kontena :
~ 20' x 8' x 8'6"
~ 20' x 8' x 9'6"
~ 40' x 8' x 8'6"
~ 40' x 8' x 9'6"
Untuk maklumat lanjut sila terus tekan link di ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Thursday, January 3, 2019

APA! ADA RUMAH KONTENA SEJUK ?! BIAQ BETOI!


Terima kasih kerana memberikan sokongan menerusi jumlah likes yang tinggi di status Facebook yang saya kongsikan beberapa jam yang lalu. Apa khabar? Nama saya Mia dan ini adalah penulisan tentang rumah kontena by "Green Cabin Building Sdn.Bhd"


Haa betoi!๐Ÿ˜ Kami ada rumah kontena yang selesa diduduk walaupun tengahari ๐Ÿ˜ฑ. Pernah tak lagi dengar yang kontena ni selesa duduk walaupun tengahari? Dah laa tak guna aircond tapi dpt duduk mcm suhu rumah biasa ๐Ÿ˜ฑ. Macam mana korang buat bagi suhu maintain ? ๐Ÿคจ Pelik niii.


PROJEK RUMAH KONTENA (HOMESTAY) @ JERAM

Tak pelikk lah, sebab kami ada menggunakan sistem insulation yang tak selalu orang dengar di Malaysia. Nak tau dak sistem insulation apa ???  Ni diaa.. kami menggunakan sistem insulation jenis "CELLULOSE FIBER".  Nak tau dak kelebihan dia apa ?

CUBA TRY TEST TEKAN LINK DIBAWAH 
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

KERJA CELLULOSE FIBER INSULATION


-mia-

04/01/2019



RUMAH IBS MURAH DAN BERKUALITI

IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal samada di kilang...