IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan
elemen struktur bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal
samada di kilang atau di tapak bina dan dipasang menjadi struktur bangunan
(CIDB). Definisi yang lebih mendalam mengenai IBS telah diterangkan oleh
Mohamad et al. (2016), di mana IBS di
dalam industri pembinaan termasuk proses pengilangan yang mana
komponen-komponen bangunan dirancang, direkabentuk, diangkut dan di
pasang di tapak. Sistem-sistem ini termasuk pergabungan yang seimbang di antara
komponen perisian dan perkakasan. Dari definisi di atas dapat disimpulkan
bahawa IBS merupakan sistem yang memerlukan penelitian yang mendalam terhadap
mereka bentuk komponen sebelum di bawa ke tapak bina. Selain itu, sistem ini
juga memerlukan perancangan yang baik dari segi penghantaran dan juga kenderaan
yang akan digunakan untuk membawa komponen tersebut selamat ke tapak pembinaan.
Klasifikasi IBS
(i) Kerangka
Konkrit Pasang Siap, Panel dan Sistem Kekotak
Elemen IBS Konkrit Pasang Siap yang biasa digunakan
ialah tiang konkrit pasang siap, rasuk, lantai, dinding, komponen “3D”
(balkoni, tangga, tandas, lohong pembuangan sampah), konkrit ringan pasang siap
dan kekotak konkrit.
(ii) Sistem
Acuan
Acuan bagi komponen konkrit tuang in-situ seperti
acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan
berulang kali. Acuan ini biasanya diperbuat dari plastik, fiberglass, keluli,
aluminium dan bahan logam lain (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008).
(iii) Sistem
Kerangka Keluli
Menurut Hashim & Mohamad Kamar (2015) Sistem
Kerangka Keluli selalu digunakan bersama dengan lantai konkrit pasang siap,
tiang dan rasuk keluli dan bagi pembinaan fast-track bangunan tinggi. Kini ia
banyak digunakan untuk pembinaan kerangka ringan bagi bumbung kerana ia lebih
ekonomi dan sesuai digunakan sebagai sistem bumbung bangunan jenis portal frame.
(iv) Sistem
Kerangka Kayu
Komponen sistem ini terdiri daripada kerangka kayu
bangunan dan kerangka kayu bumbung. Sistem ini sangat popular digunakan di
kalangan jurubina di dalam pembinaan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008).
Terdapat dua jenis iaitu prefabrication timber yang siap dipotong dan shop
fabrication of joints (tiang dan rasuk) dan struktur panel di mana hanya ada dinding
dan lantai tanpa tiang dan rasuk (Hashim & Mohamad Kamar, 2015).
(v) Sistem
Blok
Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu
(prescision blockworks) termasuk blok konkrit ringan, blok terkunci (interlocking
block) dan seumpamanya. Sistem blok adalah salah satu sistem paling mudah,
fleksibel dan paling serba boleh yang digunakan oleh banyak orang dalam
industri.
Oleh yang demikian, syarikat GREEN CABIN turut
menawarkan rumah IBS yang menggunakan wall
panel bagi menjimatkan masa pembinaan rumah anda!
Berikut merupakan kelebihan menggunakan kaedah
pembinaan IBS:
(i) Keselamatan
Lebih baik daripada kaedah konvensional melalui
pengurangan kerja-kerja sementara (temporary works) dengan menggunakan struktur
prasiap yang lebih mudah dipasang.
(ii) Kualiti
Menghasilkan kualiti kerja yang lebih tinggi dan
kemasan yang lebih baik disebabkan pengeluaran komponen IBS dijalankan di bawah
persekitaran yang terkawal di kilang atau di tapak pengeluaran (casting yard).
(iii) Penjimatan
Kos melalui pengurangan pekerja di tapak
Dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan
pengurangan pekerja di tapak bina di antara 40%-50% berbanding konvensional.
Jangkamasa pembinaan juga dapat dikurangkan melalui pemindahan aktiviti kerja
dari tapak ke kilang.
(iv) Penjimatan
Kos melalui penyaipan segara
IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan yang
digunapakai melalui kaedah pembuatan komponen IBS secara lebih terkawal di
kilang.
IBS menawarkan hasil kerja yang berkualiti tinggi
dan mengurangkan tempoh pembinaan. Oleh itu ianya dapat mengurangkan kos untuk
kerja-kerja baikpulih (remedial works),
kos pengurusan projek dan kos keseluruhan pembinaan.
Untuk maklumat lanjut sila ke laman web kami www.greencabin.com.my atau boleh hubungi kami di talian 04-4403639.